Monday 26 August 2013

PEMANTAUAN LALUAN PPDa - PETRONAS 2013

KAMI, WARGA SMK LEDANG MENGUCAPKAN 
SELAMAT DATANG 
KEPADA 
PARA PANEL PENILAI LALUAN PPDa - PETRONAS
PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2013
KE
SEKOLAH KAMI
PADA

27 0G0S 2013
SELASA

Terima Kasih TUAN.. 

Tuesday 14 August 2012

Wednesday 8 August 2012


PENCAPAIAN KAMI.......


KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR
Berlangsung di SK Temenggong Abdul Rahman 1
Johor Bahru
30 Jun 2012 (Sabtu)


JOHAN PERTANDINGAN LORONG PPDa

NAIB JOHAN PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU PPDa


Sunday 20 May 2012

Selamat Datang ke Blog Lorong PPDa SMK Ledang

  Assalamualaiikum dan Salam Sejahtera...Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan ketabahan akhirnya blog Lorong Dadah SMK Ledang berjaya dibuka.Sesungguhnya, blog ini adalah berasal daripada cetusan rasa Tuan Pengetua SMK Ledang sendiri, Tuan Haji Mohd. Ibrahim Bin Adzrai. Semoga dengan terbinanya blog ini, ianya mampu menjadi tempat rujukan untuk mereka yang memerlukan pengetahuan mengenai Najis Dadah.
    Bercerita mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, ia adalah sebuah sekolah yang terletak di luar Bandar Tangkak, Johor. Mempunyai pelajar tidak melebihi 1500 orang, SMK Ledang merupakan sekolah luar bandar yang bergred A. Muridnya terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. SMK Ledang merupakan sekolah terbaik untuk pelajar yang tinggal di sekitar Kampung Tanjung Laboh, Sekitar Jalan Sialang dan Jalan Naib Long, Kampung Seri Maamor, dan Kampung Padang Lerek. Pun Begitu, ada di kalangan pelajar yang tinggal di Kampung Chinchin, Jasin Melaka yang bersekolah di SMK Ledang. Setakat ini, SMK Ledang mempunyai dua sessi pengajaran dan pembelajaran iaitu sessi pagi dan sessi petang. Pelajar yang belajar di sessi pagi adalah terdiri daripada para pelajar Menengah Atas (Tingkatan 3, 4, 5 dan  6). Manakala sebahagian lagi adalah terdiri daripada para pelajar daripada Kelas Khas.


Dari segi pencapaian samada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik, SMK Ledang mampu untuk berdiri sama tinggi dengan sekolah di sekitarnya dari segi pencapaian yang dikecapi.Contohnya, dalam dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran ,STPM, sekolah ini mampu mencapai keputusan 100% lulus untuk tempoh 10 tahun berturut-turut.83.39% pencapaian di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia,SPM dan 69.14% pencapaian Penilaian Menengah Rendah,PMR.

Dalam bidang bukan akademik pula, sekolah ini mempunyai pasukan Sepak Takraw yang hebat di mana, pasukan tersebut telah berjaya mewakili sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, pasukan olahraga SMK Ledang telah sekali lagi berjaya menjadi Johan Keseluruhan MSSD 2012 yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Tangkak.'TAHNIAH DAN SYABAS' kami ucapkan.

                                    'YES,YES WE ARE THE BEST'